Rabu, 1 Ogos 2012

5 TIP DAN PANDUAN MEMILIH LANGSIR




SALAM...DEKAT2 NK RAYA NI MESTI DIANTARA KITA YG SIBUK MEMBUAT PERSIAPAN KAN...XKURANG JUGAK ADA YG NK TUKAR CAT RUMAH,TEMPAH LANGSIR,BELI PERABOT DAN SEBAGAINYA...XKURANG JUGAK SY......

DI SINI SY NK BGI TIP DAN PANDUAN UNTUK MEMILIH LANGSIR,SUSUN ATUR PERABOT DALAM RUMAH....CHECK IT OUT.......


PILIHAN LANGSIR YG TEPAT DAN SESUAI ADALAH PENTING UNTUK MEMBERIKAN KESELESAAN DAN JUGA MENYERLAHKAN KECNTIKAN RUMAH KEDIAMAN ANDA.KINI,FUNGSI LANGSIR TIDAK LAGI HNYA SEBAGAI PENDINDING CAHAYA MATAHARI TETAPI IANYA JUGAK MENJADI SBHAGIAN ASPEK PENTING HIASAN DALAMAN.BERIKUT ADALAH BEBERAPA PANDUAN UNTUK MEMILIH LANGSIR YG TEPAT.

TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA
Kain langsir dtg dgn pelbagai harga.Ada yg murah,ada mahal bergantung kepada kain dan kualiti.Ada yg hrga bwah RM10,ada yg lebih RM 60 semeter.Andalah yg menentukan setakat mana anda ingin berbelanja.Pastikan adan tidak mebazir dan selaras dgn kemampuan anda ingin berbelanja.

BUAT UKURAN DAN TENTUKAN BENTUK LANGSIR
Ini aspek penting.Jika anda ke kamdar untuk mencari kain lansir,perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah dihimpit kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir.Sebagai panduan mudah,lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap / pintu gelongsor,dan ukur dimensi (panjang x lebar ) tingkap tersebut di dlm buku nota kecil.Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan kedai tersebut.Mereka akan membantu anda.


PADANKAN CORAK DAN WARNA LANGSIR DGN KEDIAMAN ANDA
Jika dahulu pilihan corak dan warna lagsir adalah terhad,hari ini tidak lagi.Kini anda saban hari dijamu dgn rekaan langsir terkini.Ada corak tardisional,ada corak moden.Pendek kata anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna.Namun,pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

PILIH TOUCH UP
Kini langsir dtg dgn pelbagai pilihan touch up.Anda boleh membuat ropol,potong lurus,kedutan,bidai dsb.Jikan anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi menjinak-jinak dengan seni jahitan langsir,dapatkan bantuan serta latihan yg mencukupi.Pelbagai panduan jahitan langsir ,kini boleh didapati dgn mudah,samada menerusi buku,e book dan juga informasi internet dgn percuma.


BELI PERKAKAS TAMBAHAN YANG LAIN
Setelah langsir siap dijahit,tugas terakhir yg dilakukan ialah memasang langsir tersebut .Pastikan perkakas lain,samada kecil atau besar telah dibeli dgn lengkap.Periksa palang langsir dan buat pengiraan yg anda telah mempunyai bilangan cangkuk yg cukup.Tali pengikat langsir yg menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri.Tali ikatan ini selalunya dijual asing dan boleh didapati dgn hrga RM 10 hingga RM 50/-

SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan